Program Semaian Budi Kedah 2015

Program Semaian Budi Kedah 2015

Program Semaian Budi PETAKOM 2015 ini adalah program khidmat masyarakat yang di anjurkan oleh Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM). Program ini adalah susulan daripada Program Semaian Budi di Kampung Simpang Pelangai yang telah dianjurkan oleh PETAKOM pada tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, program ini dirancang bagi menjalin ikatan silaturahim yang baharu di antara penduduk Kampung Palas, Kedah dan mahasiswa FSKKP Universiti Malaysia Pahang. Rentetan daripada kejayaan program tersebut, pihak PETAKOM bercadang untuk menganjurkan Program Semaian Budi 2015.

1

2

Antara objektif program ini ialah bagi melahirkan mahasiswa yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarkat. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan antara mahasiswa dan penduduk setempat seiring dengan matlamat Negara mentransformasikan Malaysia kepada Negara bersukan.Di samping itu, program ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan UMP kepada penduduk luar Bandar.

3

Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 8 November hingga 11 November 2015 bertempat di Kampung Palas, Pendang,Kedah.Para hari pertama, para peserta berkumpul di perhentian bas kolej kediaman 3 pada jam 6.30 pagi dan pergerakan ke Kedah bermula pada jam 7.00 pagi.Perjalanan mengambil masa selama 11 jam dan tiba di Masjid Jelutong Pendang,Kedah pada jam 5.00 petang.Ketibaan kami disambut oleh penasihat program, Dr Mohamad Fadli Zolkipli dan penduduk kampung.Setibanya kami di Kampung Palas, penduduk kampung menyambut dengan bacaan selawat dan berarak menuju ke surau Kampung Palas bagi meneruskan majlis penyerahan kepada keluarga angkat masing-masing.

5

Seterusnya, kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan melakukan persiapan diri untuk program seterusnya iaitu perasmian program dan kuliah magrib.Pada jam 8.00 malam, perasmian program disempurnakan oleh Y.B Dato’ Wira Othman Bin Abdul, ahli parlimen Pendang.Kuliah magrib pula disampaikan oleh Tuan Syeikh Abdullah Bin Awang Sa selaku Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.Majlis berakhir dengan solat isyak secara berjemaah

Pada hari kedua, program diteruskan lagi dengan program motivasi bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang pada jam 8.00 pagi.Para peserta program menyediakan aktiviti ice-breaking dan explorace kepada pelajar-pelajar bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancang.Seterusnya, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat dan berehat.Pada jam 3.00 petang, program diteruskan lagi dengan gotong-royong memasak bubur asyura di Surau Kampung Palas bersama-sama penduduk kampung dan keluarga angkat.Majlis berakhir dan para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.Pada jam 8.30 malam, program “Brain Storming” diadakan kepada anak-anak penduduk kampung yang berbentuk latihan dalam kelas.Program berakhir pada jam 10.30 malam.

 
6 7

 

Pada hari ketiga, aktiviti gotong-royong sekitar Kampung Palas telah diadakan.Gotong-royong dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu membersihkan kawasan sekitar kampung dan membantu menyediakan makanan tengahari bersama penduduk di surau Kampung Palas.Selepas menikmati makan tengahari bersama penduduk kampung, para peserta pulang ke rumah dan berehat.Pada jam 3.00 petang, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang telah disediakan oleh penduduk kampung dan berakhir pada jam 6.00 petang.Para peserta pulang ke rumah untuk melakukan persiapan diri.Malam Aspirasi Seni iaitu majlis penutup telah berlangsung pada jam 8.30 malam di surau Kampung Palas yang dihadiri oleh semua penduduk kampung.Ucapan alu-aluan disampaikan oleh wakil dari UMP iaitu Dr Mohamad Fadli Zolkipli dan diikuti dengan ucapan penghargaan dari ketua kampung.Persembahan dari wakil penduduk kampung iaitu marhaban dan tilawah Al-Quran dari wakil UMP telah dijayakan.Penyampaian cenderahati dan sumbangan turut diberikan kepada semua penduduk kampung dan keluarga angkat.

 
8 9

Pada hari ke empat, para peserta berkumpul di Masjid Jelutong ,Pendang pada jam 9.00 pagi bersama keluarga angkat masing-masing.Sebelum pulang, sesi bergambar telah diadakan bersama keluarga angkat sebagai tanda kenangan dan pergerakan bas pada jam 10.00 pagi.

 


Print   Email