Program Mobiliti Pelajar Fakultas Sains Dan Teknologi, Universitas Islam Negeri bersama Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang

Program Mobiliti Pelajar Fakultas Sains Dan Teknologi, Universitas Islam Negeri bersama Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang telah menerima seramai 44 orang pelajar daripada Fakultas Sains Dan Teknologi, Universitas Islam Negeri, Sunan Kalijaga, Yogyakarta Indonesia baru – baru ini.  Program Mobiliti ini diadakan bermula pada 6 April 2015 hingga 17 April 2015.

 

Pelbagai program telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antarannya adalah aktiviti mendaki Bukit Panorama, melawat sekitar Sg Lembing dan bermandi – manda di Air Terjun Pandan.

Para pelajar UIN juga turut dibawa melawat ke Pusat Santuari Penyu Cherating serta melawat ke Pusat Tenun.  Para pelajar juga begitu teruja dapat mencanting batik dengan tangan mereka sendiri di Natural Batik, Balok.

 Ahli – ahli PETAKOM juga turut sama menyertai aktiviti – aktiviti yang dijalankan bagi melancarkan perjalanan program.

Kemuncak kepada program ini adalah Malam Santai Budaya yang diadakan pada 15 April 2015 bertempat di Astaka, Universiti Malaysia Pahang.

Program yang bermula pada 8.30 malam ini adalah gabungan persembahan oleh para pelajar Universitas Islam Negeri ( UIN ), Sunan Kalijaga, Yogyakarta Indonesia dan Universiti Malaysia Pahang dengan seliaan Unit Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang.

Jumlah kehadiran penonton dianggarkan seramai 500 orang terdiri dari kalangan pelajar dan staf.  Tetamu VIP yang hadir, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar  & Alumni dan juga Dr, Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar FSKKP.   Jumlah persembahan adalah sebanyak 15 persembahan yang terdiri daripada gabungan persembahan dari UIN dan UMP diantaranya  gabungan persembahan Band kedua-dua Universiti , persembahan Tari Hegong, Tari Gambyong dan Campursari oleh pelajar  UIN. UMP pula mempersembahkan Silat Gayung , Tarian Inang Kampar, Tarian India dan Cina dan Zapin Bunian.  Kedua – dua Universiti juga berkolaborasi mempersembahkan tarian Zapin Malaysia. 

Pihak UIN amat berpuas hati dengan aktiviti – aktiviti yang diaturkan oleh pihak Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang dan berharap program dapat diteruskan dan berharap hubungan  kedua – dua Universiti dapat diperkukuhkan lagi  di masa akan datang.

 


Print   Email