MALAM SEHARUM KASTURI PRA GRADUASI FSKKP

MALAM SEHARUM KASTURI PRA GRADUASI FSKKP

Program Malam Seharum Kasturi bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan yang mana merupakan satu program anjuran PETAKOM dengan kerjasama Fakulti Sistem Komputer dan Kejuteraan Perisian yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menerapkan nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar FSKKP terutama ahli jawatankuasa program sendiri.

Selain itu, program ini dilaksanakan untuk memberi penganugerahan kepada pelajar tahun akhir yang layak dan meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menghabiskan sesi akademik pada semester ini. Dengan penyertaan pelajar, staf dan pensyarah FSKKP diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan antara warga FSKKP.

Program ini berlangsung pada 16 Disember 2016 bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang. Semua ahli jawatankuasa untuk program ini bergerak ke Hotel pada pukul 10.00 pagi untuk menyiapkan hiasan dewan. Demi memastikan program ini berjalan lancar, kami jalankan latihan bermula dari pukul 3.00 petang. Pergerakan peserta pada hari tersebut adalah pada pukul 6.00 petang dari UMP. Pendaftaran bermula pada pukul 7.45 malam. Ucapan perasmian disampaikan oleh dekan Fakulti, Prof Dr Kamal Zuhairi Zamli 8.50 malam.

Program ini selesai pada pukul 11.00 malam, disudahi dengan acara bergambar bersama pelajar tahun akhir.

 


Print   Email