Kem Kepimpinan Perancangan Strategik PETAKOM 2015/2016

 

Kem Kepimpinan Perancangan Strategik Petakom ini merupakan antara program wajib petakom setiap tahun. Program ini antara program anjuran Petakom dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) Universiti Malaysia Pahang (UMP).

 

1

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk merancang dan mencapai keputusan bersama dari segi pengurusan aktiviti Petakom 2015/2016 disamping merapatkan silaturrahim antara perwakilan Petakom 2015/2016 dengan pihak pengurusan FSKKP. Selain itu, melalui program ini, perwakilan Petakom telah mendapat input dan panduan daripada Ketua Jabatan dan Penyelaras di FSKKP bagi perancangan aktiviti Petakom. Perwakilan Petakom juga telah mengemaskini dan menyediakan kertas kerja bagi setiap aktiviti Petakom yang akan dijalankan untuk sesi kali ini. Di akhir program, perwakilan Petakom telah membentangkan kertas kerja yang dirancang dan mendapat maklum balas dari pihak pengurusan fakulti.

2

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula 28 November hingga 29 November 2015 bertempat di Sanctuary Resort Cherating, Pahang. Pergerakan pada hari pertama adalah pada pukul 10.00 pagi. Puku 11.45 minit kami tiba di Sanctuary Resort. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh penasihat Petakom, Dr Junaida binti Sulaiman pada pukul 12.30 Tengah hari. Seterusnya sesi brainstorming bersama staff dan alumni FSKKP. Kemudian, kami sambung program dengan sesi penyediaan kertas kerja berdasarkan program yang telah disenaraikan. Seterusnya, selesai solat Asar, aktiviti riadah bagi perwakilan Petakom. Selepas maghrib. Kami sambung lagi bengkel dengan penyediaan kertas kerja.

3

Program pada hari kedua bermula dengan sarapan pagi. Seterusnya perwakilan Petakom telah membentangkan kertas kerja yang telah dirangka kepada Timbalan Dekan Akademik, Dr. Mohd Fadli dan juga beberapa Ketua Jabatan yang dapat hadir.

4

 

 


Print   Email