Graduate Employability (GET-IT) Carnival & Hari Raya 2019 Celebration

Graduate Employability (GET-IT) Carnival & Hari Raya 2019 Celebration

 

Pada 17 dan 18 Jun 2019 yang lepas, Fakulti Sistem Komputer & Kejuteraan Perisian (FSKKP) telah menganjurkan karnival GET-IT. Program yang dianjurkan selama dua hari ini merupakan program berkala di mana ia dijalankan setiap semester bertujuan untuk membantu kebolehpasaran graduan FSKKP setelah mereka tamat pengajian kelak.

Pelajar yang terlibat di dalam karnival GET-IT adalah terdiri daripada pelajar semester akhir yang sedang menjalani latihan industri. Pada semester ini, seramai 279 pelajar FSKKP menjalani latihan industri bermula 28 Januari 2019 sehingga 12 Julai 2019.  Kesemua pelajar diwajibkan menghadiri karnival GET-IT kerana mereka perlu membentangkan projek yang dilaksanakan ketika latihan industri.

Pihak fakulti turut mengambil peluang ini untuk memberi taklimat berkenaan dengan kaedah pengisian tracer study kepada semua pelajar. Pendedahan awal ini sekaligus membantu melancarkan proses pengisian kajian tersebut sekaligus dapat meningkatkan peratusan kebolehan pasaran graduan FSKKP.

Selain itu, FSKKP juga turut menjemput wakil daripada pihak industri ketika karnival GET-IT dijalankan. Pihak industri dijemput untuk mempromosikan syarikat mereka di samping memberi peluang pekerjaan kepada pelajar. Lazimnya, mereka akan mengadakan sesi temuduga setelah mempromosikan syarikat mereka. Pada semester ini, terdapat empat syarikat yang hadir iaitu AGTIV Consulting SDN BHD, AITO Firework Holding SDN BHD, GCIS SDN BHD dan Agensi Pekerjaan PIKOJE SDN BHD.

Jamuan RayaMemandangkan karnival GET-IT pada semester ini dijalankan pada bulan Syawal, pengurusan FSKKP mengambil peluang meraikan para pelajar dan staf dengan jamuan hari raya. Pelbagai hidangan telah disajikan seperti nasi hujan panas, satey, lemang, ketupat, rendang, soto, laksa, ais krim dan bermacam lagi. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Timb. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli dan Dekan-dekan fakulti lain. Aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah turut dijalankan. Ketika jamuan hari raya, Dekan FSKKP iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli bin Zolkipli menyampaikan sijil dekan kepada para pelajar yang mendapat anugerah dekan pada semester lepas.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dapat mengeratkan hubungan di antara staff fakulti dengan pelajar dan juga pihak industri.

DSC09869DSC00213DSC00030

 


Print   Email