Program Catching The Sunrise

Program Catching The Sunrise

18 April 2016 - Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan kerjasama FSKKP dan JHEPA telah menganjurkan program Catching The Sunrise pada 16 April yang lepas. Program ini telah disertai oleh seramai 70 orang pelajar dan 10 orang staf FSKKP.

 

Program ini telah dijalankan di Bukit Panorama, Kuantan, bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar FSKKP. Selain itu,progam ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghargai dan mengamati keindahan alam smula jadi serta mengurangkan tekanan daripada pembelajaran yang berterusan. Dengan penyertaan pelajar, staff dan pensyarah FSKKP diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan antara warga FSKKP.

Melalui program ini, para peserta dapat mencapai beberapa dapatan yang positif dan negatif yang dapat meningkatkan serta memperbaiki lagi nilai diri sebagai seorang mahasiswa yang bersifat holistik. Antaranya adalah dapat melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif jika ingin mendapat sesuatu hasil yang terbaik serta menguatkan daya tahan kardiovaskular dengan cara kemampuan jantung untuk bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan. Ia juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada sesiapa yang tidak pernah mendaki bukit sebelum ini.

1 1
1 1
1 1

Print   Email