Program “Jom ke Sekolah!” Dengan Sentuhan Motivasi UMP

Kuantan, 27 Mac 2023 – Satu program jemputan dari SMK Pandan bertemakan “Jom ke Sekolah!” telah diserikan dengan pengisian ceramah motivasi ringkas oleh pensyarah Fakulti Komputeran, Ts. Aziman Abdullah. Tajuk pengisian yang berorientasikan kepada peranan ‘niat’ dalam setiap langkah pertama ke sekolah diharapkan berjaya membuka minda dan semangat pelajar-pelajar untuk mengubah nasib masa depan mereka.

Program yang diadakan bertujuan untuk menyuntik motivasi pelajar hadir ke sekolah bagi membantu pihak sekolah menangani isu kehadiran pelajar ke sekolah berkenaan. Sesi yang diadakan secara interaksi dua hala berjaya menjadikan suasana pembelajaran aktif di kalangan pelajar untuk berani bertanya. Pengalaman pembelajaran sebegini amat penting dalam meningkatkan rasa yakin diri pelajar walau dengan pertanyaan soalan ringkas.

Diharapkan dengan adanya gandingan kerjasama akademia bersama pihak sekolah dan PIBG dapat dijadikan model kolaboratif dan libaturus berimpak dalam memaknakan peranan IPT dalam masyarakat setempat sesuai dengan slogan UMP, “Teknologi untuk Masyarakat”. Kepakaran Ts. Aziman Abdullah dalam bidang visualisasi data telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam penyampaian isi kandungan penting ceramah berkaitan dengan rangka kerja seorang pelajar di sekolah yang dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan.jom ke sekolah quote

 

 {gallery}2023/jom-ke-sekolah{/gallery}